Isteri dan Terung

Di KOTA DAMSYIQ, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Kira-kira 70 tahun lau, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda..penuntut ilmu yang bernama SULAIM AL-SUYUTHI.
Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi dia sangat fakir. Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim berasa sangat lapar. Sudah 2 hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan.pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati kelaparan. Otaknya berfikir, apa yang harus dilakukan?? malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuatu sesuai keperluan. Ia memilih untuk mencuri.

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota. Rumah-rumah pada saatu itu berada saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mau, ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah. Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Ia terus melangkah ke atap rumah penduduk.ia melihat seorang wanita dari atap tersebut,ia segera menutup matanya dan menjauh. Kemudian dia tiba di sebuah rumah kosong, ia mencium dari dalamnya bau sesuatu masakan.bau itu semacam magnet yang menarik dirinya untuk turun.ia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus menuju ke dapur.Ia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung ( bazinjan mahsyi ) yang sedang dimasak.. Tangannya mengambil salah satu daripada terung tersebut dan segera menggigitnya.

Namun, sebelum ia sempat menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.. Hatinya segera berkata " A'uzubillah...saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid.tidak patut sya ceroboh rumah orang lain dan mencuri makananya.." ia menjadi sangat menyesal, ia lalu beristigfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.
Ia lalu kembali ke masjid dan duduk disebuah majlis ilmu.namun kerana sangat lapar, dia tak mengerti apa yg dia dengar. Setelah majlis itu selesai,dan semua orang telah kembali ke rumah masing2 tidak ada yg masih berada di masjid kecuali Syeikh Sulaim dan gurunya..

Dalam keadaan itu, seornag wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus, kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya " perempuan itu baru saja kematian suaminya, dan dia seorang yg asing di negeri ini. Tidak ada yg menjaganya selain pamannya yang sudah sangat tua, ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya.Untuk itu, dia meminta dicarikan suami yg dapat menjaga dirinya dari orang jahat., Mahukah engkau menikahinya??
Syeikh Sulaim berkata "ya"
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu," mahukah englau menerimanya sebagai suami??"
ia menjawab "ya"
lalu ia memnggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan 2 saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu berkata, " bawalah suamimu ini"
perempuan itu lalu membawanya ke rumah tempat tinggalnya. Ketika perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata ia adalah sangat muda dan cantik.
Ternyata rumah kediamannya adalah rumah yg tad didatanginya..

Isterinya lalu bertanya, "maukah engkau makan??"
ia menjawab "ya"
isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. ia terus berkata "Aneh, siapa yang telah memakan terungku??"

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakn kisahnya kepada isterinya.
Isterinya itu segra berkata "inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini beserta seluruh isinya melalui cara yang halal.."

  • kisah ini diceritakan ole Allayarham Syeikh Ali al Thantawi, seorang ulama besar syria yg wafat beberapa tahun lalu,di dalam muzakaratnya..beliau berkata,cerita ini kisah nyata..saya sendiri mengenali tokoh2 itu dan masih ingat perinciannya"..
  • Pelajaran yang terkandung dalam kisah ini sangat nyata dan jelas.1 biji terung haram yg ditinggalkan karena Allah dibalas dengan rumah besar beserta isinya dan isteri yg cantik di dunia ini. belum lagi balasan tidak terkira dari Allah di akhirat kelak.
Allah berfirman yg bermaksud:
" Tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yg indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yg mereka kerjakan " -surah Assajadah :17-
  • meniggalkan perkara haram adalah yg disukai oleh Allah.. 
Imam aL-Tarmizi meriwayatkn drpd Abiu Hurairah bahawa Rasul S.A.W bersabda "tinggalknlah perkara2 yg haram maka engaku mnjdi orng yg paling bnyk ibadahna"
  • Siti Aisyah berkata " kamu semua tidak akan membawa amalan yg lbh baik drpd sedikit dosa. maka barangsiapa yg mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yg tidak pernah berhenti meyembah Allah maka tahanlah dirinya drpd dosa.."
  • Para Ulama' berkata : perbutan taat dapat dilakuk oleh semua orang.namun meninggalkn maksiat, hnya dapat dilakukn oleh orng yg siddiq (jujur kepada Allah)
  • Maimun b mahran seorng ulama' tabiin berkata, "menyebut nama Allah dgn lisan adalah perbuatan yg sngt baik.namun lebih baik darpd itu ialah seseorng yg mengingati Allah ketika hampir melakukn maksiat"

Newer Post Older Post

Leave a Reply

Ratings and Recommendations by outbrain